Terbuka Malaysia: Wei Chong-Kai Wun Lepasi Pusingan 32

January 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.2 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berhasil memulakan kempen Terbuka Malaysia 2026 dengan langkah kanan mengalahkan Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di pusingan 32.

Wei Chong-Kai Wun yang turut diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan mencetak kemenangan ke atas wakil Denmark itu secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-17 dan 21-18 dalam masa 42 minit.

Keputusan itu sekaligus menyeimbangkan rekod pertemuan antara Wei Chong-Kai Wun kepada dua kemenangan masing-masing di kejohanan antarabangsa.

Hasil kemenangan itu, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan 16 bertemu wakil negara matahari terbit, Hiroki Midorikawa dan Kyohei Yamashita.

Terdahulu, Midorikawa-Yamashita menempah tiket ke pusingan 16 selepas mengalahkan beregu India, Hariharan Amsakarunan dan M. R. Arjun dua set berturut-turut menerusi skor 21-10 dan 22-20.

Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun dan Midorikawa-Yamashita pernah bertembung sebanyak dua kali di kejohanan antarabangsa dan ianya seimbang dengan mencatatkan satu kemenangan masing-masing.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd