Terengganu FC Pinjam Pemain JDT, Haqimi Azim

January 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang menghuni tangga kelima Liga Super, Terengganu FC mendapat khidmat penyerang skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Haqimi Azim.

Pasukan berpangkalan di pantai timur itu mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun berasal dari Gombak itu secara pinjaman daripada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga penghujung musim 2025-26.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Terengganu FC menerusi satu pengumuman yang disiarkan di laman sesawang rasminya, pada hari ini.

Pada pusingan pertama Liga Super 2025-26, Azim hanya tampil sebanyak lima kali dengan sekadar 25 minit masa permainan bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) bimbingan Risto Vidakovic.

Terengganu FC yang kini di bawah bimbingan jurulatih sementara, Tengku Hazman menjelaskan Azim dipinjam sebagai sebahagian daripada perancangan pasukan untuk memperkukuhkan skuad khususnya di bahagian serangan bagi menghadapi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia.

Azim merupakan sebahagian daripada tonggak skuad bola sepak lelaki negara yang meraih pingat gangsa di Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun lalu. Dia beraksi semasa bertemu Laos (peringkat kumpulan) dan Filipina (perebutan pingat gangsa) serta menjaringkan dua gol.

Bersama poster yang dikongsikan oleh Terengganu FC, Azim bakal menyarung jersi bernombor 37 sepanjang bersama skuad Hitam Putih berkenaan.

Featured Image: Terengganu FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd