Terbuka Malaysia: Won Ho-Seung Jae Pertahan Kejuaraan, Aaron-Wooi Yik Naib Juara

January 11, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.1 dunia dari Republik Korea, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia selepas berjaya menumpaskan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam perlawanan akhir, pada hari ini.

Won Ho-Seung Jae menyudahkan pertarungan set pertama dengan skor 21-15 sebelum Aaron-Wooi Yik, pilihan kedua kejohanan, bangkit pada set kedua menerusi skor 21-12.

Pertarungan set ketiga berlangsung sengit namun kurangnya kesilapan sendiri daripada Won Ho-Seung Jae membolehkannya menumpaskan Aaron-Wooi Yik menerusi skor 18-21. 

Perlawanan terakhir bagi Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena melibatkan dua beregu lelaki terbaik dunia pada masa kini itu mengambil masa satu jam dan enam minit sebelum menemui pemenangnya.

Pada masa yang sama, hasil keputusan itu bukan sahaja membuatkan Aaron Wooi-Yik sekadar meraih gelaran naib juara namun penantian mereka untuk merangkul gelaran sulung bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 berterusan.

Namun begitu, kemaraan Aaron-Wooi Yik ke perlawanan akhir pada hari ini merupakan pencapaian terbaik dalam kariernya sejak beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia. 

Featured Image: BAT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd