Moraes Penjaring Terbanyak Liga Super, Pintas Bergso & Jairo

January 12, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang Selangor FC dari Brazil, Chrigor Moraes kini memimpin carta penjaring terbanyak Liga Super 2025-26 selepas meledak empat gol ketika bertemu DPMM FC, pada Sabtu.

Ledakan empat gol oleh Moraes pada minit ke-5, ke-10, ke-58 dan ke-90+1 itu sekaligus membantu Selangor FC di bawah kendalian sulung Kim Pan-gon mencatatkan kemenangan besar 5-2 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Satu lagi jaringan skuad berjulukan Gergasi Merah itu disumbangkan oleh pemain tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine pada minit ke-48.

Empat gol itu sekaligus melonjakkan namanya ke tangga teratas senarai penjaring terbanyak liga dengan catatan 16 gol setakat ini mengatasi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva dan Jairo da Silva.

Kedua-dua pemain itu berada di tangga kedua dan ketiga dalam carta hasil mengumpul 13 dan 12 jaringan masing-masing setakat ini.

Pada Jumaat lalu, Bergson dan Jairo tidak menambah sebarang koleksi gol apabila JDT sekadar meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Manuel Hidalgo.

Featured Image: Selangor FC & JOHOR Southern Tigers

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd