Terbuka India: Justin, Jun Hao Tersingkir

January 14, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Tiada perseorangan lelaki negara akan mewarnai peringkat pusingan 16 di Terbuka India 2026.

Selepas Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar pada Selasa, Justin Hoh dan Leong Jun Hao mengalami nasib yang sama, pada hari ini.

Justin, 21 tahun, ditunjukkan jalan keluar daripada siangan Jelajah Dunia BWF Super 750 selepas tewas 17-21 dan 15-21 di tangan perseorangan lelaki No.4 China, Lu Guang Zu.

Manakala, Jun Hao pula tersingkir susulan tidak dapat meneruskan perlawanan ketika bertemu Yushi Tanaka dari Jepun. 

Selepas tewas set pertama menerusi skor 5-21, Jun Hao memberhentikan permainannya ketika ketinggalan 3-8 lalu memberikan kemenangan buat Tanaka.

Semalam, Zii Jia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka India 2026 berikutan gagal menjinakkan Rasmus Gemke – tewas 13-21, 21-18 dan 18-21.

Sebagai perbandingan, edisi lalu Terbuka India hanya disertai oleh Jun Hao dan berhasil mara sehingga ke pusingan 16.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd