Penang FC Dapat Khidmat Coutinho
Hafiz Omar
Penghuni tangga ketujuh Liga Super, Penang FC kini menambah seorang lagi pemain import iaitu Douglas Coutinho kelahiran Brazil bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2025-26.
Khidmat penyerang yang bakal menjengah usia 32 tahun pada bulan hadapan itu diperolehi secara pinjaman daripada Borneo FC Samarinda.
Kedatangan Coutinho dikongsikan oleh Penang FC menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
View this post on Instagram
“Coutinho memiliki pengalaman luas di peringkat profesional selepas memulakan kerjaya bersama akademi Cruzeiro dan Atlético Paranaense, serta pernah beraksi di beberapa liga antarabangsa termasuk Brazil, Korea Selatan, Timur Tengah dan Asia Tenggara.”
“Sepanjang kariernya, beliau telah mencatat lebih 190 penampilan liga profesional dan menyumbang puluhan gol di peringkat kelab.” tulis kenyataan kelab sambil mendedahkan Countinho akan menyarung jersi bernombor 32.
Sebagai rekod, selama separuh musim bersama Borneo FC Samarinda, Countinho berhasil meledak lima gol daripada 15 penampilan.
Untuk makluman, Coutinho menjadi pemain keempat dibawa masuk oleh skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail pada jendela perpindahan pertengahan musim selepas mengikat Shamie Iszuan, Amirul Kamil Jaser (Filipina) dan Erick Brendon (Brazil).