Marc Guehi Tandatangan Kontrak Sehingga 2031 Bersama Manchester City

January 20, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pertahanan tengah skuad kebangsaan England, Marc Guehi kini menjadi milik juara empat kali berturut-turut Liga Perdana (PL), Manchester City sehingga musim panas 2031.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Ivory Coast itu melengkapkan perpindahannya dari Crystal Palace ke skuad berjulukan The Cityzen selepas menandatangani kontrak selama lima tahun dan setengah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Guehi mencipta namanya sebagai salah seorang pertahanan tengah muda yang berbakat dan lengkap di Liga Perdana.

Guehi datangnya daripada skuad pembangunan Chelsea sebelum meyertai Swansea secara pinjaman. Bakat dan prestasinya menarik minat beberapa kelab Liga Perdana dan perebutan itu berpihak kepada Crystal Palace.

Selama empat musim dan setengah bersama Crystal Palace, Guehi menjadi tunjang kelab di barisan pertahanan dengan tampil sebanyak 188 kali selain meledak 11 gol dan mencetak 8 bantuan gol.

Pada musim lalu, Guehi juga memainkan peranan penting buat Crystal Palace mengalahkan Manchester City 1-0 dalam perlawanan akhir yang membolehkan mereka menjulang trofi Piala FA buat julung kalinya dalam sejarah kelab.

Awal musim pula, Guehi berhasil membantu Crystal Palace menjulang Perisai Komuniti selepas mengalahkan Liverpool 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 2-2 masa permainan sebenar.

Bersama Manchester City, Guehi akan menyarung jersi bernombor 15 – nombor yang pernah digunakan oleh Eliaquim Mangala, Sylvain Distin, Jesus Navas dan Alfie Haaland.

Featured Image: Manchester City

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd