Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei Tempah Tiket Suku Akhir

January 22, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir di Masters Indonesia 2026 selepas menumpaskan Pakkapon Teeratsakul dan Sapsiree Taerattanachai, sebentar tadi.

Ini merupakan pentas suku akhir kedua dijejaki oleh Tang Jie-Ee Wei dakam kejohanan antarabangsa bagi musim 2026 selepas beraksi di Terbuka Malaysia 2026.

Pertemuan yang berlangsung di pusingan 16 itu berakhir dengan Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan mencatatkan kemenangan menerusi skor 21-12 dan 21-18 dalam masa 35 minit.

Keputusan itu sekaligus melebarkan rekod Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan yang menghuni ranking ke-33 dunia terbabit kepada tiga kemenangan berturut-turut di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, di peringkat seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan menantikan cabaran samada daripada pilihan kelapan kejohanan dari Denmark, Jesper Toft dan Amalie Magelund atau beregu Singapura-Indonesia iaitu Terry Hee Yong Kai dan Gloria Emanulle Widjaja.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd