Masters Indonesia: Teeraratsakul Singkir Zii Jia
Hafiz Omar
Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia tersingkir daripada Masters Indonesia 2026 selepas mengalami kekalahan di tangan Panitchaphon Teeraratsakul pada pusingan 16, sebentar tadi.
Pemain Thailand berusia 21 tahun berkenaan bermula dengan langkah kiri tewas set pertama menerusi skor 15-21.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Universiti Dunia 2021 itu menemui rentaknya dan berhasil mencetak kemenangan menerusi skor 21-17 pada set kedua.
A lot of positives to take from #IndonesiaMasters2026
A lot of learning curve as well after this past three tournaments.
And A lot of thanks for the support 🙏🏼#DareToDream #OwnYourAttitude #BeyondTheLimit #ShuttleHard pic.twitter.com/BQrDIZ0OqQ
— Team LZJ (@TeamLZJ) January 22, 2026
Ia diikuti dengan kemenangan 21-8 pada set ketiga sekaligus menobatkan Teeraratsakul sebagai pemenang selepas bertarung hampir satu jam lamanya.
Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan Zii Jia dan Teeraratsakul di kejohanan antarabangsa.
Hasil kemenangan itu, Teeraratsakul yang melangkah ke peringkat suku akhir akan bertembung dengan pemain India yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, Lakshya Sen.
Featured Image: BAM