Casemiro Tinggalkan Manchester United Hujung Musim
Hafiz Omar

Pemain tengah Brazil yang berusia 33 tahun, Carlos Henrique Casimiro atau lebih dikenali sebagai Casemiro akan meninggalkan Manchester United di penghujung musim 2025-26.
Pemergian Casemiro yang juga kapten skuad berjulukan Red Devils dikongsikan menerusi satu kenyataan yang disiarkan awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Dimaklumkan, Casemiro yang menyertai Manchester United sejak Ogos 2022 meninggalkan kelab susulan kontraknya akan tamat di penghujung musim ini.
Setakat ini, Casemiro telah tampil sebanyak 146 kali dan menjaringkan 21 gol bersama Manchester United dan menjuarai Piala Carabao 2023 serta Piala FA 2024.
Manchester United merupakan kelab keempat yang disertai dalam kariernyan selepas bermula dengan Sao Paulo diikuti Real Madrid selain menyertai Porto secara pinjaman.
Featured Image: Manchester United