FIFA Maklumkan Ahli Bersekutu Tangguh Hukuman Penggantungan 7 Pemain Naturalisasi Harimau Malaya

January 28, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Keputusan penangguhan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak terhadap Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Hector Hevel, Jon Irazabal, Imanol Machucha, Gabriel Palmero telah dimaklumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada ahli bersekutu.

Menerusi surat yang dihantar oleh FIFA, ianya memberitahu supaya penangguhan hukuman penggantungan terhadap pemain-pemain itu di peringkat domestik dan benua berkuat kuasa serta-merta selagi proses rayuan berjalan.

FIFA mengutuskan surat berkenaan selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan (stay of execution) yang dikemukakan oleh ketujuh-tujuh pemain berkenaan dibenarkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration of Sports – CAS).

Keputusan itu sekaligus membenarkan kesemua pemain berkenaan meneruskan aktiviti dan karier bola sepak masing-masing buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS di buat.

Ini dapat dilihat dengan Garces yang kembali menjalani latihan bersama Deportivo Alaxes sementara Figueiredo, Irazabal dan Hevel menyertai semula sesi latihan kendalian Xisco Munoz di Pusat Latihan JDT.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar rayuan rasmi kepada CAS selepas rayuannya membabitkan status kelayakan pemain-pemain tersebut beraksi bersama skuad Harimau Malaya ditolak oleh FIFA.

Featured Image: JOHOR Southern Tiger

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd