Masters Thailand: Letshanaa Melangkah Ke Pusingan 16

January 28, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita No.1 negara, Letshanaa Karupathevan mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Masters Thailand 2026 setelah mengalahkan Ishika Jaiswal di pusingan 32, pada hari ini.

Letshanaa menamatkan pertemuan kedua dengan Ishika di pentas antarabangsa itu dengan keputusan 21-10 dan 21-15 dalam masa 29 minit.

Itu merupakan kemenangan kedua Letshanaa ke atas Ishika selepas mengalahkannya dengan keputusan 21-13 dan 21-5 dalam masa 25 minit di Terbuka Kanada 2025.

Di pusingan berikutnya, Letshanaa akan membuat perhitungan dengan pemain India yang berusia 18 tahun dan menduduki ranking ke-64 dunia, Shriyanshi Valishetty.

Berdasarkan rekod, Letshanaa pernah bertembung sebanyak dua kali dengan Shriyanshi setakat ini – Cabaran Antarabangsa 2024 dan Terbuka Kanada 2025 – dengan mencatatkan satu kemenangan dan kekalahan masing-masing.

Terdahulu, Shriyanshi mara selepas mengejutkan pemain Kanada yang berada di ranking ke-45, Wen Yu Zhang menerusi skor 14-21, 21-13 dan 21-19.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd