Sabah FC Tandatangan Bekas Penyerang Import Kelantan FC Era Zamsaham
Hafiz Omar

Pemergian mesin gol, Ajdin Mujagić ke Johor Darul Ta’zim (JDT) memaksa Sabah FC memburu penyerang import baharu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2025-26.
Kelab berpangkalan di kepulauan Borneo itu tidak menunggu lama dan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mujagić dari Bosnia-Herzegovina itu digantikan dengan segera oleh Kervens Belfort.
View this post on Instagram
Belfort yang berusia 33 tahun dari Haiti bukanlah satu nama yang asing dalam kancah bola sepak tanah air dimana penyerang berketinggian 1.89 meter (m) itu pernah menyarung jersi Kelantan FC milik Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham pada musim 2022.
Bagaimanapun, aksinya bersama skuad berjulukan The Red Warriors itu terbatas berikutan kecederaan jangka masa panjang sebelum dilepaskan pada awal 2023.
Selepas daripada itu, Belfort dilihat berkelana ke Indonesia, India dan juga Nepal untuk meneruskan karier bola sepaknya.
View this post on Instagram
Featured Image: Sabah Football Club