Raheem Sterling, Chelsea Berpisah

January 29, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain sayap kelahiran England yang berusia 31 tahun, Raheem Sterling kini berstatus ejen bebas apabila mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan Chelsea FC. 

Pemergiannya daripada kelab berpangkalan di London itu dikongsikan sendiri oleh Chelsea menerusi satu kenyataan media, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Perkembangan itu menyaksikan Sterling yang menyertai kelab berjulukan The Blues itu sejak musim panas 2022 menoktahkan pembabitannya dengan Chelsea selepas tiga musim dan setengah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc)

Sepanjang bersama Chelsea, Sterling merekodkan 81 penampilan disamping menjaringkan 19 gol dan mencetak 15 bantuan gol. 

Pada musim lalu, Sterling dipinjamkan kepada Arsenal menyaksikannya merekodkan 28 penampilan serta menjaringkan satu gol dan mencetak lima bantuan gol.

Sekembalinya daripada tempoh pinjaman itu, khidmat Sterling tidak digunakan Chelsea dan pelbagai laporan daripada media eropah mengatakan bekas pemain Liverpool dan Manchester City berlatih bersendirian. 

Untuk rekod, perpisahan Sterling dan Chelsea ini berlangsung 18 bulan sebelum berakhirnya tempoh kontrak sebenar melibatkan kedua-dua pihak.

Featured Image: Chelsea FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd