Masters Thailand: Zii Jia Ke Suku Akhir, Bertembung Alwi Farhan
Hafiz Omar
Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Masters Thailand 2026 selepas mengalahkan Mithun Manjunath dari India, sebentar tadi.
Zii Jia melakar kemenangan itu selepas bertarung tiga set permainan sekitar satu jam sebelum menoktahkannya menerusi skor 11-21, 21-16 dan 21-12.
PRINCESS SIRIVANNAVARI Thailand Masters 2026
MS – R16
11 21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
21 16 12 🇮🇳Mithun MANJUNATH🕚 in 52 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 29, 2026
Keputusan itu sekaligus membawa Zii Jia bertemu pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Alwi Farhan untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300 tersebut.
Alwi, 20 tahun, mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir selepas menumbangkan wakil Israel, Daniil Dubovenko secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-14 dan 21-10 dalam masa 33 minit.
Berdasarkan rekod, Zii Jia dan Alwin belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia