Masters Thailand: Justin Tersingkir
Hafiz Omar
Perjalanan Justin Hoh dalam Masters Thailand 2026 menemui titik noktahnya di pusingan 16 selepas tewas di tangan Zhu Xuan Chen, sebentar tadi.
Justin, 21 tahun, memulakan pertarungan dengan wakil dari China itu dengan kekalahan 17-21 di set pertama.
PRINCESS SIRIVANNAVARI Thailand Masters 2026
MS – R16
21 20 21 🇨🇳ZHU Xuan Chen🥇17 22 9 🇲🇾HOH Justin
🕚 in 70 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 29, 2026
Pada set kedua, Justin bangkit memberikan tentangan yang sengit sebelum memenanginya dengan skor 22-20 sekaligus mengheret pertarungan ke set ketiga.
Bagaimanapun, hasrat Justin untuk ke peringkat suku akhir di Jelajah Dunia BWF Super 300 ini tidak kesampaian apabila Xuan Chen mencetak kemenangan bergaya di set ketiga menerusi skor 21-9.
Sementara itu, Xuan Chen yang mara ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada perseorangan India, Tharun Mannepalli atau wakil Chinese Taipei, Ting Yen-Chen.
Featured Image: BAM