Gabriel Palmero Sertai Kuching City FC
Hafiz Omar
Pemain naturalisasi skuad kebangsaan yang berusia 24 tahun, Gabriel Palmero kini menjadi milik kelab tempatan iaitu Kuching City FC.
Penyertaan pemain kelahiran La Palma itu ke dalam skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak diumumkan Kuching City FC pada Isnin – kira-kira dua minggu selepas hukuman penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Gabriel ditangguhkan buat sementara waktu.
Pengumuman itu juga dibuat kira-kira empat hari selepas jendela perpindahan pertengahan musim ditutup pada 5hb Februari lalu.
View this post on Instagram
Gabriel menjadi pemain baharu yang keempat ditandatangani oleh Kuching City FC berjulukan The Cats pada jendela perpindahan pertengahan musim selepas membawa masuk Jerome Mpacko Etame, Ahmad Nawaf Abdel Aziz Israiwah dan Ariff Farhan.
Sebelum ini, kontrak bek kiri ini ditamatkan kelabnya yang terdahulu, CD Tenerife termasuk kontrak pinjamannya ke Unionistas de Salamanca CF selepas rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada FIFA berhubung hukuman penggantungan 12 bulan ditolak.
Perkembangan itu menyaksikan Gabriel ketiadaan kelab dan bergelar ejen bebas.
Featured Image: Malaysia NT