Aksi Menarik Selangor FC, Kuching City FC – Kim Pan-gon
Hafiz Omar

Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon melihat pertemuan pasukannya dengan kelab yang menghuni tangga ketiga Liga Super, Kuching City FC pada Ahad ini sebagai sesuatu yang menarik.
Pada saat ini, Selangor FC sedang menghuni tangga kedua Liga Super dengan kelebihan satu mata sahaja berbanding Kuching City sekaligus menjadi medan buat kedua-dua pasukan untuk merebut posisi kedua liga.
Selain itu, Selangor FC dan Kuching City FC akan bertembung sekali lagi pada separuh akhir Piala Malaysia, April hadapan.
“Ya, ia akan menjadi perlawanan yang menarik sebab nanti kita akan jumpa lawan sama di separuh akhir.”
“Tapi untuk aksi liga, saya sedar Kuching City FC memang antara pasukan terkuat sekarang dalam Liga Super.”
“Saya dengan rendah diri turut menanti untuk perlawanan menentang mereka Ahad ini dan apa pun, saya sentiasa menghormati Kuching City dan kita akan cuba yang terbaik nanti,” katanya.
Pada masa yang sama, Selangor FC juga akan melayan kunjungan Kuching City FC yang kini diperkuatkan dengan pemain-pemain baharu seperti Gabriel Palmero dan Jerome Etame.
Pada pertemuan pusingan pertama Liga Super September lalu, Selangor FC tewas 0-1 di tangan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak.
Sebagai rekod, Selangor FC merekodkan kemenangan kali terakhir ke atas Kuching City adalah pada musim 2024-2025 dalam saingan Liga Super.
Featured Image: Selangor FC