Arsenal Kembali Cetak Kemenangan, Belasah Spurs

February 23, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Arsenal bimbingan Mikel Arteta kembali mencetak kemenangan dalam saingan Liga Perdana (PL) selepas merekodkan dua keputusan seri berturut-turut ketika bertemu Brentford dan Wolverhampton Wanderers.

Skuad berpangkalan utara London itu menjelmakan kemenangan itu ketika bertemu seteru setempatnya, Tottenham Hotspur pada aksi ke-28 liga pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pertarungan yang berlangsung di Stadium Emirates itu bermula jaringan pembukaan oleh Eberechi Eze pada minit ke-32 namun kedudukan itu disamakan semula Spurs menerusi Kolo Muani selang dua minit berikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague)

Kedudukan seri 1-1 itu berlanjutan sehingga ke penghujung babak pertama. Memasuki babak kedua, Arsenal tidak menunggu lama untuk mendahului dengan Victor Gyokeres meledak gol pada minit ke-47.

Tidak lama kemudian, Eze menggandakan jaringannya pada minit ke-61 untuk meletakkan Arsenal mendahului 3-1.

Manakala di penghujung permainan pula, Gyokeres meledak satu lagi jaringan peribadi pada minit ke-90+4 untuk memastikan Arsenal mengakhiri aksi derbi itu dengan kemenangan bergaya 3-1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague)

Susulan daripada kemenangan itu, Arsenal kini menerajui carta liga dengan kutipan 61 mata sekaligus menjarakkan diri sebanyak lima mata berbanding pencabar terdekatnya, Manchester City.

Bagaimanapun, skuad berjulukan The Cityzen kendalian Pep Guardiola itu mempunyai kelebihan iaitu kekurangan satu perlawanan berbanding Arsenal.

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd