Kecederaan Florian Wirtz Tidak Serius – Arne Slot

February 23, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengendali Liverpool, Arne Slot meyakini kecederaan yang menyebabkan Florian Wirtz terlepas aksi bertemu Nottingham Forest pada aksi ke-27 Liga Perdana (PL) tidak begitu serius.

Pemain yang menyarung jersi bernombor 7 itu tersenarai dalam kesebelasan utama namun digantikan dengan Curtis Jones sebelum sepak mula selepas mengadu sakit belakang semasa sesi pemanasan badan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Slot memaklumkan, “Kami tidak fikir ianya sangat serius, tetap dia merasa sangat sakit di bahagian belakang semasa pemanasan badan sebelum perlawanan,”

“Dia tidak mampu berada pada tahap 100 peratus atau hampir 100 peratus. Saya fikir selepas berada dalam saingan liga ini untuk enam, tujuh atau lapan bulan, dia kini memahami tidak kira betapa bagusnya kamu dengan bola, kamu perlu berada di tahap 100 peratus di tahap ini,”

“Jadi, kami memutuskan untuk tidak memainkan dia. Kami harap dan menjangkakan dia dapat bersama dengan kami semula pada minggu hadapan tetapi anda tidak akan tahu bagaimana keadaannya nanti,” katanya.

Dalam perlawanan terbabit, Liverpool berhasil mencetak kemenangan 1-0 dengan penuh dramatik apabila Alexis Mac Allister menjaringkan gol pada minit ke-90+7.

Skuad berjulukan The Reds kini berada di tangga keenam, mengutip 45 mata selepas mengharungi 27 perlawanan. 

Featured Image: Liverpool 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd