Milner Cipta Rekod, 654 Penampilan Liga Perdana

February 23, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain tertua dalam saingan Liga Perdana (PL) musim 2025-26, James Milner mencipta rekod baharu apabila turun beraksi mewakili Brighton & Hove Albion menentang Brentford, pada Ahad.

Kelibatnya yang bermula dalam kesebelasan utama menyaksikan Milner tampil sebanyak 654 kali dalam kancah PL sekaligus mengatasi rekod 653 kali – penampilan terbanyak sepanjang zaman – yang dilakukan oleh Gareth Barry.

Dalam aksi bertemu Brentford yang berkesudahan dengan Brighton mencetak kemenangan 2-0 itu, Milner bermain selama 90 minit sebelum digantikan dengan Carlos Baleba oleh pengendalinya, Fabian Hurzeler.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague)

Seusai tamat perlawanan, Milner turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Milner, 40 tahun, merekodkan 654 penampilan tersebut selepas beraksi bersama Leeds United (48), Newcastle United (94), Aston Villa (100), Manchester City (147), Liverpool (230) dan Brighton (35).

Selama 24 musim dalam kancah tertinggi bola sepak England itu, Milner berhasil menjulang kejuaraan PL sebanyak tiga kali ketika bersama Manchester City dan Liverpool.

Sebagai rekod, Milner meraih debutnya dalam saingan PL pada 10hb November 2002 ketika dimasukkan sebagai pemain gantian Leeds United ketika berusia 16 tahun dan 309 hari.

Senarai 10 pemain dengan penampilan terbanyak adalah seperti berikut:

  • James Milner – 654
  • Gareth Barry – 653
  • Ryan Giggs – 632
  • Frank Lampard – 609
  • David James – 572
  • Gary Speed – 535
  • Emile Heskey – 516
  • Mark Schwarzer – 514
  • Jamie Carragher – 508
  • Phil Nevile – 505

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd