Barcelona Kembali Terajui La Liga
Hafiz Omar

Kelab bimbingan Hansi Flick, FC Barcelona kembali menerajui carta La Liga selepas menumbangkan Levante UD pada aksi ke-25, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Barcelona menjelmakan kemenangan dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Marc Bernal (4’), Frenkie de Jong (32’) dan Fermin Lopez (81’) sambil disaksikan sekitar 45,000 penonton di Camp Nou.
Kemenangan itu tiba tepat pada masanya setelah seteru tradisinya, Real Madrid kehilangan mata berikutan tewas 1-2 di tangan Osasuna, pada awal pagi Ahad.
Keputusan itu membolehkan Barcelona, 61 mata, mendahului carta La Liga dengan kelebihan satu mata berbanding Real Madrid.
Perkembangan ini sedikit sebanyak pastinya mengubat kekecewaan Barcelona selepas dibelasah oleh Atletico Madrid dengan keputusan 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Copa del Rey minggu lalu dan tewas 1-2 kepada Giron dalam saingan liga pada Isnin.
Perlawanan berikutnya, Barcelona akan menantikan pula kunjungan kelab yang menghuni tangga ketiga liga, Villarreal pada Sabtu.
Sementara itu, Real Madrid pula akan melayan kedatangan Getafe, yang berada di tangga ke-12, pada Selasa hadapan.
Featured Image: FC Barcelona