UCL: Bodø/Glimt Ke Pusingan 16, Singkir Inter Milan
Hafiz Omar

FK Bodø/Glimt yang julung kalinya beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara UEFA (UCL) berhasil menempatkan diri dalam pusingan 16 selepas menyingkirkan finalis edisi lalu, Inter Milan.
Kelab kerdil berpangkalan di utara Norway mengesahkan kemaraan itu selepas menang 2-1 pada aksi timbal balik ‘play-off’ ke atas Inter Milan di San Siro, pada awal pagi tadi.
Kemenangan Bodø/Glimt itu disumbangkan menerusi jaringan Jens Petter Hauge dan Hakon Evjen pada minit ke-58 dan ke-72 masing-masing. Sementara itu, Inter Milan memperoleh jaringan saguhati melalui Alessandro Bastoni pada minit ke-76.
The Bodø/Glimt fairytale continues at San Siro 💛
Into the round of 16 🔒#UCL pic.twitter.com/EhG2oQsXAD
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 24, 2026
Keputusan itu menjadikan Bodø/Glimt merekodkan kemenangan 5-2 secara agregat selepas mendahului 3-1 pada aksi pertama di Arctic Circle pada minggu lalu.
Ianya satu malam yang bermakna dalam sejarah kelab berkenaan selain memperkukuhkan lagi statusnya sebagai “Giant Killer” selepas menumpaskan Atletico Madrid dan Manchester City dengan keputusan 2-1 dan 3-1 masing-masing.
Sementara itu, di pusingan 16 kelak, Bodø/Glimt akan menantikan cabaran samada daripada Manchester City kendalian Pep Guardiola atau wakil Portugal, Sporting CP.
Featured Image: FK Bodø/Glimt