Goh Jin Wei Raih Gelaran Sulung Selepas 8 Tahun
Hafiz Omar

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berjaya meraih gelaran kejuaraan sulung apabila muncul juara di kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura 2026, pada hari ini.
Pilihan ketiga itu merangkul gelaran itu susulan mengalahkan perseorangan Indonesia yang menghuni ranking ke-100 dunia, Komang Ayu Cahya Dewi menerusi skor 21-11 dan 21-11 dalam masa 30 minit.
Keputusan itu sekaligus menoktahkan kemarau kejuaraan yang dialami Jin Wei sejak bergelar juara di Kejohanan Remaja Dunia 2018.
Pada masa yang sama, ini juga merupakan kejuaraan sulungnya selepas merangkul gelaran juara di Cabaran Antarabangsa Orleans, Paris pada 2016.
Perjalanan Jin Wei untuk menamatkan kemarau kejuaraan di pentas antarabangsa ini penuh dengan liku dan cabaran terutamanya selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.
Prosedur itu menyebabkannya hanya boleh satu makan satu hidangan sahaja sehari selain perlu mengambil ubat dengan dos yang tinggi dan menahan kesan sampingannya.
Featured Image: Instagram Goh Jin Wei