Ranking BWF: Bing Kun-Noraqilah Catat Peningkatan 42 Anak Tangga
Hafiz Omar

Beregu campuran yang menamatkan kempen Siri Antarabangsa Singapura 2026 selaku naib juara, Loo Bing Kun dan Noraqilah Maisarah meraih peningkatan yang ketara dalam ranking dunia.
Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menunjukkan kenaikan pasangan berusia 24 dan 18 tahun masing-masing itu sebanyak 42 anak tangga.
Peningkatan itu sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-156 dunia. Sebagai rekod, Bing Kun-Noraqilah bermula di tangga ke-429 dunia pada November lalu.
Bing Kun-Noraqilah berhasil menjejakkan kaki ke perlawanan akhir selepas mengalahkan beregu senegara, Loh Ziheng dan Nicole Tan. Bagaimanapun, mereka terlepas gelaran juara apabila gagal menjinakkan wakil Indonesia, Muhammad Al Farizi dan Jessica Maya Riswawardani.
Sementara itu, kemaskini pada hari ini turut memperlihatkan tiada perubahan kedudukan melibatkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (ranking keempat) dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (ranking kesebelas),
Featured Image: BAM