Terbuka Swiss: Pemain No.2 Singapura Singkir Zii Jia

March 12, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perjalanan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Terbuka Swiss 2026 menemui tiktik noktahnya di pusingan 32 apabila tewas di tangan Jason Teh Jia Heng – pemain No.2 Singapura.

Dalam pertarungan itu, Zii Jia yang kini berada di ranking ke-96 dunia mengalami kekalahan dua set berturut-turut menerusi skor 12-21 dan 14-21 dalam masa tidak sampai setengah jam.

Kekalahan dalam pertemuan pertama dengan Jason itu menyebabkannya tersingkir awal daripada kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 berkenaan.

Sementara itu, Jason yang meneruskan kempen ke pusingan 16 bakal berhadapan pilihan keenam kejohanan dari Indonesia, Alwi Farhan untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Terdahulu, Zii Jia yang memulakan kempennya daripada peringkat kelayakan mara ke pusingan 32 babak undian utama selepas mengalahkan Minoru Koga (Jepun) dan Ditlev Jaeger Holm (Denmark).

Featured Image: OCM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd