Larian Kidslympic Edisi Raya Berlangsung Meriah Di PICC

March 16, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Temasya Sukan Kidslympic Malaysia kekal mencetus inspirasi dengan siri larian bertemakan perayaan yang penuh warna apabila Larian Kidslympic 2026 edisi Raya dianjurkan di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi dengan menggabungkan aktiviti larian dengan semangat bulan Ramadan yang mulia. 

Larian edisi Raya yang bermula pada jam 6.30 petang sebelum waktu berbuka puasa diadakan di sekitar PICC sebagai platform untuk kanak-kanak bersama keluarga mereka mengamalkan gaya hidup sihat sambil menghormati kewajipan berpuasa dan menunaikan solat. 

Peserta daripada pelbagai latar belakang hadir bersama dalam suasana penuh kegembiraan. Acara disudahi dengan majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isya’ dan tarawih – menjadikan ia satu cerminan sebenar identiti majmuk Malaysia. 

Bekas pemain badminton kebangsaan dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying, selaku pengasas bersama Kidslympic Malaysia, berkata: “Selepas kejayaan Larian Kidslympic edisi Tahun Baharu Cina, edisi Raya ini membuktikan bagaimana sukan mampu menyatukan kanak-kanak dan keluarga merentasi budaya. Temasya sukan Kidslympic bukan sekadar pertandingan — ia adalah perayaan penyatuan, kegembiraan dan semangat kesukanan.” 

Turut hadir ialah pengasas bersama Sukan Kidslympic, Wong Kang Woon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PULSE, Ir Ab Rahim Md Junoh, sert a Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Harlina Jamil. 

Acara ini dianjurkan oleh Kidslympic Malaysia dengan sokongan Perbadanan Putrajaya, Kumpulan Pulse, PICC serta rakan strategik termasuk Ray diates dan Pouches. Edisi Raya ini merupakan sebahagian daripada misi lebih besar Kidslympic untuk membina gerakan sukan belia terbesar di Malaysia, sambil memupuk generasi masa depan melalui sukan, nilai murni dan keterangkuman. 

Larian Kidslympic Edisi Raya itu menampilkan kategori larian mesra kanak-kanak, segmen penyertaan keluarga, dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib, Isya’ dan tarawih — mewujudkan suasana penuh keceriaan untuk ahli keluarga kekal aktif sambil meraikan Ramadan dalam bentuknya yang paling murni. 

Dengan peserta berpakaian serba hijau, acara ini mencerminkan kekayaan identiti majmuk Malaysia. 

Jika edisi Tahun Baru Cina pada Januari lalu menjadi aktiviti pembukaan rasmi bagi Kidslympic Malaysia 2026, maka edisi Raya ini pula mengukuhkan peranan Kidslympic sebagai platform pembangunan sukan akar umbi dengan memupuk generasi baharu melalui sukan, nilai murni dan keterangkuman.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd