Ranking BWF: Aaron-Khai Xing Naik Satu Anak Tangga

March 17, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu muda negara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing terus melakarkan peningkatan dalam Ranking Dunia dengan menaiki satu anak tangga dalam kemaskini yang dilakukan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.

Kenaikan itu menyaksikan gandingan pemain berusia 19 tahun masing-masing itu menduduki tangga ke-26 dunia bagi minggu ke-12 tahun 2026.   

Setakat ini, Aaron-Khai Xing telah mengumpul 43,940 mata termasuk 3,850 mata yang dipungutnya hasil mara sehingga suku akhir Terbu Swiss 2026 pada minggu lalu. 

Kempen Aaron-Khai Xing menemui titik noktahnya di suku akhir susulan ditewaskan pilihan ketujuh kejohanan daripada Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard menerusi skor 21-19 dan 21-15 dalam masa 37 minit.

Sementara itu, kedudukan beregu lelaki negara yang lain tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal sepertimana minggu lalu – Aaron Chia-Soh Wooi Yik (2), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (6), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (7), Arif Junaidi-Yap Roy King (16), Nur Mohd Azriyn-Tan Wee Kiong (25), Choong Hon Jian-Haikal Muhammad (30) dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (32).

Featured Image: Malaysia Masters 2025

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd