Jermain Defoe Mula Karier Kejurulatihan Bersama Woking FC
Hafiz Omar

Bekas penyerang skuad kebangsaan England dan Tottenham Hotspur, Jermain Defoe kini memulakan karier dalam bidang kejurulatihan secara rasmi apabila dilantik sebagai ketua jurulatih Woking FC.
Kelab yang beraksi dalam divisyen kelima bola sepak England itu melabelkan Defoe sebagai calon yang memiliki nilai, corak kepimpinan dan falsafah bola sepaknya sejajar dengan visi jangka masa panjang.
Untuk makluman, Defoe hadir bagi menggantikan Neal Ardley yang telah dipecat oleh Woking FC awal bulan ini.
Sebelum ini, Defoe pernah menimba pengalaman dalam bidang kejurulatihan dengan menyertai barisan kejurulatihan Rangers FC, sebagai pemain-jurulatih, di bawah bimbingan Steven Gerrard.
Selain itu, Defoe yang pernah berkelana ke Amerika Syarikat sebagai pemain pernah bekerja bersama Akademi Tottenham Hotspur selama dua tahun dimana dia menyiapkan dan lulus lesen kejurulatihan A UEFA.
Featured Image: Woking FC