PSV Eindhoven Muncul Juara Eredivisie Selepas Kelab Bimbingan Van Persie Keciciran Mata
Hafiz Omar
Kelab berpangkalan di selatan Belanda, PSV Eindhoven mengesahkan gelaran juara liga Belanda, Eredivisie musim ini biarpun masih berbaki lima perlawanan lagi.
Kejuaraan itu menjelma selepas PSV bimbingan Peter Bosz melakar kemenangan 4-3 ke atas FC Utrecht pada Sabtu tatkala pencabarnya, Feyenoord gagal mencetak kemenangan ke atas Volendam pada Ahad.

Situasi itu menyaksikan kutipan 71 mata daripada 29 perlawanan oleh PSV secara matematiknya tidak mampu dipintas lagi oleh Feyenoord bimbingan Robin van Persie yang kini mempunyai 54 mata.
Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan liga kali ketiga berturut-turut diraih oleh PSV serta kali ke-27 dalam sejarah penubuhan kelab berkenaan.
AFC Ajax masih lagi memegang status sebagai kelab paling berjaya dalam kancah Eredivisie dengan 36 gelaran namun kejuaraan yang dikecapi PSV pada musim ini sedikit sebanyak mengecilkan jurang itu.
Featured Image: PSV Eindhoven