Silva, Man City Berpisah Hujung Musim

April 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Jodoh pemain tengah menyerang Portugal, Bernardo Silva bersama Manchester City yang bertaut selama sembilan tahun bakal menemui titik noktahnya di penghujung musim ini.

Kontrak pemain berusia 31 tahun berkenaan bersama The Cityzen tamat di penghujung musim ini dan Silva belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan.

“Setiap kisah indah pasti akan berakhir,” demikian bayangan yang diberikan oleh penolong pengurus Manchester City, Pep Lijnders sepertimana dilaporkan BBC.

Ljinders ditugaskan untuk mengendalikan Manchester City menggantikan Pep Guardiola yang digantung ketika bertemu Liverpool pada peringkat suku akhir Piala FA. Aksi terbabit berkesudahan dengan Manchester City melakar kemenangan bergaya 4-0.

Ljinders turut menyifatkan Silva sebagai pemain yang tiada galang gantinya berikutan keunikannya.

Kelibat Silva pastinya akan dirindui apabila tidak beraksi bersama-sama mereka kelak.

Namun begitu, Ljinders mengharapkan Silva menikmati tempoh akhir bersama Manchester City – enam minggu sahaja lagi – dan mendapat perpisahan yang baik.

Pelbagai media melaporkan mengaitkan Silva dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol, Barcelona dan gergasi Itali, Juventus termasuk kelab-kelab di Amerika Syarikat.

Sepanjang sembilan tahun, Silva yang berhijrah meninggalkan AS Monaco telah mengecapi pelbagai gelaran bersama Manchester City seperti dua kali juara Piala FA, lima kali juara Piala Liga, enam kali juara Liga Perdana (PL) dan Liga Juara-Juara UEFA musim 2022-23.

Featured Image: Manchester City

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd