Sheikh Farouk Letak Jawatan CEO Terengganu FC
Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC kini terpaksa mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu apabila Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai meletakkan jawatannya.
Peletakan jawatannya itu hadir kira-kira lapan bulan selepas dilantik ke jawatan itu sekitar pertengahan Ogos tahun lalu.
Pengumuman peletakan jawatannya itu dikongsikan oleh Terengganu FC menerusi kenyataan yang disiarkan di pelbagai akaun media sosialnya, pada hari ini.Β
βTerengganu FC ingin memaklumkan bahawa Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai telah meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab bagi meneruskan peluang baharu.β tulis kenyataan oleh skuad Hitam Putih terbabit.
ππππππ πππππ & πππππππ ππππ ππππ ππππππ π πππππ
Terengganu FC ingin memaklumkan bahawa Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai telah meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab bagi meneruskan peluang baharu.
Pihak⦠pic.twitter.com/yfsfpGWeZy
β Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 8, 2026
Sheikh Farouk dilantik sebagai CEO Terengganu FC selepas meninggalkan jawatan Pengarah Urusan AEON BiG dan CEO Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). Sebelum itu, beliau pernah bersama Nestle dengan pengalaman selama 18 tahun.
Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Impact Integrated – sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menumpukan kepada pembangunan belia dan e-sukan.Β Β
Sepanjang bersama Terengganu FC, Sheikh Farouk memberikan perhatian yang lebih terhadap aspek komersil dengan menandatangani kerjasama serta penajaan dengan beberapa syarikat atau jenama dari dalam dan luar negara seperti Ice Power, Bubbles O2, Hermosa Wear, Mills dan lain-lain lagi.
Tidak ketinggalan, Sheikh Farouk turut menggerakkan inisiatif-inisiatif untuk mengukuhkan kemampuan kewangannya seperti TFC Direct Tour β membuka reruai kedai rasmi kelab di perkarangan stadium pihak lawan semasa aksi βawayβ – serta membuka cawangan kedai rasminya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Featured Image: Terengganu FCΒ Β Β Β