UCL: Liverpool Jadi Mangsa PSG 2 Musim Berturut-Turut
Hafiz Omar

Gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sekali lagi menendang keluar Liverpool daripada saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) sekaligus mengulangi skrip yang sama pada musim lalu.
Sedikit kelainan pada musim ini adalah PSG bimbingan Luis Enrique menyingkirkan Liverpool di suku akhir berbanding pusingan 16 sekaligus mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Pertembungan timbal balik yang berlangsung di Anfield pada awal pagi tadi menyaksikan PSG melakar kemenangan dengan keputusan 2-0 hasil jaringan berganda daripada Ousmane Dembele.
Keputusan itu membuatkan PSG, juara bertahan, merekodkan kemenangan 4-0 secara agregat selepas turut melakar kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Parc de Princes, Paris.
Paris to Liverpool 🎵 pic.twitter.com/x860SL02ZX
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 15, 2026
Kedua-dua penyerangnya, Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia muncul sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut.Â
Untuk makluman, pada musim lalu, Liverpool disingkirkan oleh PSG ketika bertembung di pusingan 16. Dalam aksi itu, Liverpool tewas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat menerusi agregat 1-1.
Penyingkiran ini, selepas ditendang daripada saingan Piala FA dan Piala Liga, menyaksikan peluang Liverpool untuk menjulang sebarang trofi kejohanan utama terhapus sama sekali.
Peluang untuk Liverpool menjuarai saingan Liga Perdana (PL) juga terlalu tipis dengan skuad Arne Slot yang berada di tangga kelima hanya dapat mengumpul 70 mata secara maksimum bagi musim ini.
Sementara itu, pendahulu liga, Arsenal kini sudah mengumpul 70 mata setelah mengharungi 32 perlawanan.
Featured Image: Liverpool FC