Piala Uber: Jie Yu Ganti Pearly

April 17, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Pemain beregu wanita yang berusia 20 tahun, Chong Jie Yu menjadi pengganti kepada Pearly Tan yang disisihkan daripada skuad Piala Uber 2026.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemilihan Jie Yu menerusi satu kenyataan yang disiarkan di pelbagai akaun media sosialnya, pada hari ini.

“Jie Yu akan menyertai kem latihan pasukan di Herning, Denmark sebagai persiapan untuk menyertai kejohanan akan datang.” tulis kenyataan oleh badan induk berkenaan.

Untuk makluman, Jie Yu merupakan gandingan kepada Vanessa Ng sejak Mac 2025 dan kini menghuni ranking ke-64 dunia.

Pencapaian terbaik mereka hadir di Cabaran Antarabangsa Malaysia 2025 dimana Jie Yu-Vanessa mara sehingga peringkat separuh akhir.

Sebagai rekod, BAM dalam kenyataan yang dikongsikan pada Khamis memaklumkan terpaksa menyisihkan Pearly selepas mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd