Bekas Pengurus Dortmund, RB Leipzig Kendalikan Bournemouth

April 21, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang menghuni tangga kelapan Liga Perdana (PL), AFC Bournemouth akan menggunakan khidmat ketua jurulatih baharu iaitu Marco Rose bermula musim hadapan.

Rose yang merupakan bekas pengendali Borussia Dortmund dan RB Leipzig diberikan kontrak selama tiga musim yang menyaksikan kekal bersama The Cherries sehingga musim 2028-29.

Jurulatih berusia 49 tahun itu cukup dikenali dengan gaya permainan yang bertenaga dan kemampuan untuk membangunkan bakat-bakat muda.

Antara pencapaian terbaik Rose adalah membimbing Dortmund muncul naib juara Bundesliga serta menjuarai DFB-Pokal dan DFL-Supercup bersama RB Leipzig.

Pengendali kelahiran Jerman itu dipilih bagi menggantikan ketua jurulatih semasa, Andoni Iraola yang akan meninggalkan di penghujung musim ini – susulan tidak mahu melanjutkan kontraknya.

Bournemouth dalam kenyataannya memaklumkan tumpuan kelab pada masa ini adalah menamatkan kempen PL musim ini di kedudukan paling tinggi. Saat ini, mereka telah merekodkan 13 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.

Featured Image: Bundesliga

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd