Wolves Tersingkir Selepas 8 Musim Di Liga Perdana

April 21, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab tangga ke-20, Wolverhampton Wanderers disahkan tersingkir daripada saingan Liga Perdana (PL) dan terpaksa turun beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Selepas lapan musim berada dalam kancah tertinggi bola sepak England, Wolves bimbingan Rob Edwards disahkan tersingkir biarpun masih berbaki lima perlawanan musim ini.

Penyingkiran itu susulan keputusan seri tanpa jaringan melibatkan Crystal Palace dan West Ham United pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Ianya membuatkan Wolves yang sekadar mengutip 17 mata daripada 33 perlawanan. Secara maksimumnya, Wolves hanya dapat mengumpul 32 mata sahaja sekiranya melakar kemenangan dalam baki lima perlawanan.

Kutipan mata itu tidak mampu lagi memintas West Ham di tangga ke-17 yang mengumpul 33 mata biarpun tewas dalam baki lima perlawanan terakhir kelak.

Featured Image: Wolverhampton Wanderers FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd