Leicester City Di Ambang Penyingkiran Ke Divisyen 3
Hafiz Omar

Kelab yang mencipta kejutan menjuarai Liga Perdana (PL) sepuluh tahun yang lalu, Leicester City kini berada di ambang penyingkiran ke Liga Satu.
Jika skuad berjulukan The Foxes gagal menewaskan Hull City pada aksi ke-44 awal pagi nanti (waktu Malaysia) maka mereka akan disahkan terjerumus ke divisyen ketiga bola sepak England.
Sekiranya terjadi, ianya merupakan penyingkiran ketiga dalam tempoh empat musim buat Leicester selepas tersingkir daripada PL pada musim 2023 dan 2025.
Pada saat ini, Leicester bimbingan Garry Rowett berada di tangga kedua tercorot liga dengan pungutan 41 mata daripada 43 perlawanan.
Sebagai rekod, sejak Januari lalu, Leicester hanya merekodkan 3 kemenangan daripada 19 perlawanan yang diharungi.
Melihat kepada carta semasa kedudukan Liga Kejuaraan, Leicester turut ketinggalan lapan mata berbanding Blackburn Rovers yang berada di zon selamat.
Selepas menjuarai saingan PL dengan penuh bersejarah pada musim 2025-26 dengan barisan pemain seperti Jamie Vardy, N’Golo Kante, Riyad Mahrez dan lain-lain lagi, Leicester meneruskan kecemerlangannya dengan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) serta memenangi Piala FA pada 2021.
Bagaimanapun, era kegemilangan itu hanya menjadi kenangan dan kejatuhan Leicester dikaitkan dengan kelemahan pengurusan tertinggi kelab selain isu kewangan dan sebagainya.
Featured Image: Leicester City Football Club