Gheorghe Hagi Kembali Sebagai Ketua Jurulatih Romania

April 21, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Salah seorang legenda bola sepak dunia era 1980-an dan 1990-an, Gheorghe Hagi kembali sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara kelahirannya, Romania

Hagi yang merekodkan 125 penampilan serta memahat namanya selaku penjaring terbanyak Romania sepanjang zaman bersama-sama Adrian Mutu dengan catatan 35 gol dilantik ke posisi itu bagi menggantikan Mircea Lucescu yang melepaskan jawatannya awal April lalu selepas tewas aksi play-off Piala Dunia bertemu Turki.

Menurut laporan media, Persekutuan Bola Sepak Romania memaklumkan Hagi yang kini berusia 61 tahun telah menandatangani kontrak untuk dua kitaran kelayakan bagi kejohanan Euro 2028 dan Piala Dunia 2030.

Tugasan pertama Hagi bersama Romania adalah aksi persahabatan menentang Georgia dan Wales pada Jun sebelum memulakan kempen Liga Negara-Negara UEFA pada September nanti. 

Sebagai rekod, ini merupakan kepulangan semula Hagi sebagai ketua jurulatih Romania selepas tempoh pertamanya pada tahun 2001.

Featured Image: Persekutuan Bola Sepak Romania

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd