Man Utd Kembali Ke Kancah Liga Juara–Juara UEFA
Hafiz Omar
Juara Liga Inggeris sebanyak 20 kali, Manchester United (Man Utd) kembali ke pentas elit eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas menumpaskan seteru rapatnya, Liverpool pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Aksi ke-35 Liga Perdana (PL) yang berlangsung di Old Trafford itu menyaksikan skuad bimbingan Michael Carrick bermula dengan mendahului 2-0 menerusi Matheus Cunha dan Benjamin Seska selepas beraksi selama 14 minit.
Bagaimanapun, Liverpool yang juga merupakan juara bertahan kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo pada minit ke-47 dan ke-56 masing-masing.
Kobbie Mainoo is @ManUtd‘s matchwinner! 🪄
They edge a five-goal thriller over rivals Liverpool at Old Trafford pic.twitter.com/Qni0vXWxZh
— Premier League (@premierleague) May 3, 2026
Selang 21 minit kemudian, Man Utd mendominasi aspek–aspek serangan kembali mendahului apabila Kobbie Mainoo menjaringkan gol kelima perlawanan dan kedudukan 3-2 itu kekal tidak berubah sehingga pengadil, Darren England meniup wisel menamatkan permainan.
Kemenangan itu membolehkan Man Utd menghuni tangga ketiga dengan kutipan 64 mata – berbeza enam mata dengan Liverpool yang kini berada di tangga keempat.
Pada masa yang sama, ianya telah memastikan Man Utd tidak akan menamatkan kempen PL musim ini di bawah kelompok lima terbaik.
Sebagai rekod, kali terakhir Man Utd beraksi dalam kancah UCL adalah pada musim 2023-24 dan kempen itu berakhir dengan skuad berjulukan The Red Devils itu terperosok di tangga tercorot Kumpulan A.
Featured Image: Manchester United