Man City Keciciran Mata, Arsenal Mendahului 5 Mata
Hafiz Omar

Peluang Arsenal untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana (PL) sedikit terbuka apabila pencabar terdekatnya, Manchester City (Man City) keciciran mata selepas bertemu Everton pada awal pada awal pagi tadi.
Aksi yang berlangsung di Stadium Hill Dickinson itu bermula langkah kanan buat Man City dimana Jeremy Doku meledak gol pembukaan pada minit 43.
Jeremy Doku’s classy strike has @ManCity leading 1-0 at the break 👊 pic.twitter.com/BYmG5iglTL
— Premier League (@premierleague) May 4, 2026
Akan tetapi Everton berhasil menyamakan kedudukan pada minit 68 menerusi Thierno Barry yang memanfaatkan kesilapan Marc Guehi yang melakukan tolakan lemah ke arah penjaga golnya.
Selang lima minit kemudian, Everton berhasil mendahului 2-1 apabila Jake O’Brien menanduk masuk bola sepakan penjuru oleh James Garner ke dalam gawang.
WOW! @Everton have turned it around against @ManCity
Jake O’Brien makes it 2-1 to the Toffees in a huge twist in the title race pic.twitter.com/bMvq9D9gNM
— Premier League (@premierleague) May 4, 2026
Tidak terhenti setakat itu, Everton terus memburu jaringan tambahan dan buruan itu membuahkan hasil pada minit 80 dengan Barry menolak bola masuk ke dalam gawang dengan mudah – mengambil peluang daripada kesilapan Abdukodir Khusanov yang membenarkannya berada dalam kedudukan tidak ofsaid.
Tersentak dengan kedudukan semasa ketinggalan 1-3, Man City mula mengejar dan penyerang prolifiknya, Erling Haaland berhasil merembat masuk bola ke dalam gawang pada minit 83 untuk menjadikan kedudukan semasa 2-3.
A night full of drama as the title race twisted in @Arsenal’s favour 🍿 pic.twitter.com/AMpQwenuKO
— Premier League (@premierleague) May 4, 2026
Usaha mereka untuk memburu jaringan tambahan dikekang dan dipatahkan oleh Everton namun mereka tidak mudah mengalah. Di penghujung masa kecederaan, sepakan lencong dari luar kotak penalti oleh Doku menerjah ke dalam gawang dan memastikan City membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada aksi ke-34 itu.
Keputusan 3-3 itu membuatkan City kini ketinggalan lima mata di belakang Arsenal namun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Featured Image: Premier League