Cristiano Ronaldo Ledak Gol Ke-100 Dalam Liga Pro Saudi
Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod dalam karier bola sepaknya apabila meledak gol ke-100 dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL).
Ronaldo, 41 tahun, meledak gol ke-100 itu ketika turun membantu kelabnya, Al Nassr membantai Al-Shahab di tempat lawan dengan keputusan 4-2.
Gol itu terhasil dengan satu sentuhan mudah di dalam kotak penaltipada minit ke-75 selepas menerima bola hantaran daripada Sadio Mane.
View this post on Instagram
Dalam perlawanan itu juga, rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Portugal, Joao Felix meledak hatrik dengan menyumbat masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-3, ke-10 dan ke-90+8.
Pada masa yang sama, Ronaldo juga telah mengumpul 26 gol dalam kempen SPL musim ini.
Hasil kemenangan bergaya itu, Al Nassr kini semakin selesa menerajui saingan SPL dengan kutipan 82 mata daripada 32 perlawanan. Mengekori rapat adalah Al-Hilal yang mempunyai 77 mata daripada 31 perlawanan.
Al Nassr mempunyai baki dua perlawanan dimana mereka akan menentang Al-Hilal dan Damac pada 13hb dan 22hb Mei masing-masing di halaman sendiri.
Featured Image: Al Nassr