Unai Emery Jejak Pentas Akhir Liga Europa Kali Ke-6

May 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengurus dari Sepanyol, Unai Emery bakal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Liga Europa buat kali keenam selepas kelab bimbingannya, Aston Villa mengalahkan Nottingham Forest.

Aksi timbal balik yang berlangsung di Villa Park pada awal pagi tadi berakhir dengan Aston Villa mencetak kemenangan bergaya 4-0 hasil jaringan Ollie Watkins (36’), Emi Buendia (58’) dan gol berganda daripada John McGinn (77’, 80’).

Keputusan itu menyaksikan Aston Villa mencetak kemenangan 4-1 secara agregat selepas tewas tipis 0-1 pada separuh akhir pertama, minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aston Villa (@astonvilla)

Kemaraan Emery kali keenam ke pentas akhir Liga Europa ini terhasil selepas membimbing Sevilla, Arsenal dan Villarreal pada edisi 2014, 2015, 2016, 2019 dan 2021.

Daripada lima edisi tersebut, Emery muncul juara pada empat edisi iaitu 2014, 2015, 2016 dan 2021.

Bagi Aston Villa, kemaraan ke perlawanan akhir Liga Europa menandakan kelab berpangkalan di Birmingham itu hanya selangkah sahaja lagi untuk menamatkan kemarau tiga dekad tanpa sebarang gelaran juara.

Perlawanan akhir Liga Europa dijadualkan berlangsung pada 21hb Mei (Khamis) bertempat di Stadium Tupras, Istanbul.

Menanti mereka di situ adalah kelab Jerman, SC Freiburg yang mara selepas mengalahkan SC Braga dari Portugal 4-3 secara agregat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd