NSL: Terengganu Marvels Muncul Juara Kali Pertama – Tanpa Kalah

May 10, 2026
Bola Jaring

Hafiz Omar

Saingan Netball Super League (NSL) musim ini melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Terengganu Marvels muncul juara buat julung kalinya selepas menumpaskan juara bertahan, Johor Jewels dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.

Perlawanan akhir yang dramatik, berintensiti tinggi dan penuh aksi di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara itu berakhir dengan keputusan 70-63 berpihak kepada Terengganu Marvels.

Pertarungan itu bermula dengan seimbang apabila kedua-duanya terikat 17-17 pada suku pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nsl.my (@nsl.my)

Memasuki suku kedua, Terengganu Marvels mula meningkatkan asakan menerusi Maisarah Afandi dan pemain import, Tendai Masamba namun pada masa yang sama turut kental bertahan untuk mula mendahului dengan skor 36-32.

Beralih ke suku ketiga, Terengganu Marvels meneruskan asakannya selain mengambil kesempatan untuk melibatkan jurang kepada 53-42 sebelah tonggak serangan Johor Jewels yang juga pemain kebangsaan, An Najwa mengalami kecederaan.

Pada suku keempat, keserasian dan kepantasan pemain-pemain Terengganu Marvels tidak dapat dibendung lagi oleh Johor Marvels biarpun diperkuatkan oleh pemain bertaraf dunia, Gretel Bueta dan Laura Langman.

Di barisan pertahanan, kecemerlangan Adalia Jasmine yang membuat pintasan demi pintasan terhadap serangan Johor Jewels lalu melancarkan serangan balas turut menyumbang kepada penguasaan hebat Terengganu Marvels sehingga tamat masa permainan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nsl.my (@nsl.my)

Bertambah mengagumkan, Terengganu Marvels bimbingan Siti Nur Farhana Mustafa turut menamatkan kempen musim ini dengan gelaran “invisible” – tanpa sebarang kekalahan.

Mereka menamatkan fasa liga di tangga pertama dengan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan – mengutip 21 mata penuh.

Seterusnya, Terengganu Marvels mencatatkan kemenangan bergaya bertemu Kedah Sunshine di peringkat separuh akhir menerusi skor 60-46.

Susulan daripada kejayaan merangkul gelaran sulung NSL, Terengganu Marvels bukan sahaja dapat menjulang trofi kejuaraan bahkan turut meraih hadiah berupa wang tunai sebanyak RM25,000 sementara RM15,000 menjadi milik Johor Jewels selaku naib juara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nsl.my (@nsl.my)

Sementara itu, dua pemain Terengganu Marvels iaitu Adalia Jasmine dan Siti Maisarah pula meraih RM500 masing-masing hasil memenangi anugerah individu; “Best Defense” dan “Best Shooter”.

Manakala Laura Langman (Best Import) dan Siti Aminah dari KL Wildcats (Best Attacker). Nurfariha Razak merangkap pemain kebangsaan pula diberikan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) bersama wang tunai sebanyak RM1,000.

Featured Image: Netball Super League

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd