Ligue 1: PSG Hampiri Gelaran Kelima Berturut-Turut

May 11, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar


Kelab bola sepak milik Qatar Sports Investments iaitu Paris Saint-Germain (PSG) semakin menghampiri gelaran juara Ligue 1 buat kali kelima berturut-turut.

Perkembangan itu hadir selepas skuad bimbingan Luis Enrique itu mengalahkan SC Brest dengan keputusan 1-0 di Parc des Prince pada perlawanan ke-33, awal pagi tadi.

Hasil kemenangan itu, PSG kini menerusi Ligue 1 dengan 73 mata – perbezaan enam mata dengan RC Lens di tangga kedua.

Selain itu, PSG juga memiliki catatan Perbezaan Gol (PG) iaitu sebanyak 44 gol. Manakala Lens pula merekodkan PG sebanyak 29 gol.

Aksi seterusnya, PSG akan berkunjung ke Stade Bollaert-Delelis untuk bertemu pasukan di tangga kedua berkenaan pada awal pagi Khamis kelak – perlawanan ke-29 yang tertangguh.

Keputusan seri melibatkan PSG dan Lens itu sudah memadai buat kelab dari Kota Paris itu mengesahkan kejuaraan liga musim ini secara matematik.

Sebagai rekod, PSG telah merekodkan empat kemenangan Ligue 1 berturut-turut sejak musim 2021-22, 2022-23, 2023-24 Dan 2024-25.

Selain menghampiri gelaran kelima berturut-turut, PSG juga selangkah sahaja lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang dimenanginya pada tahun lalu.

Mereka dijadualkan berentap dengan pendahulu Liga Perdana (PL), Arsenal pada penghujung Mei ini di Puskas Arena, Budapest, Hungary.

Featured Image: Paris Saint-Germain

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd