Arsenal Juarai Liga Perdana Selepas 22 Tahun
Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di utara London, Arsenal mengesahkan gelaran juara Liga Perdana (PL) musim ini secara matematik selepas pertembungan melibatkan penghuni tangga kedua liga, Manchester City dan Bournemouth berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan seri itu terhasil daripada jaringan Eli Junior Kroupi pada minit ke-38 dan jaringan penyamaan oleh penyerang berbisa skuad The Cityzen, Erling Haaland pada masa kecederaan, minit ke-90+4.
Keputusan itu menjadikan Arsenal yang menerajui carta liga dengan 82 mata sudah tidak dapat dipintas lagi oleh Manchester City yang mempunyai 78 mata biarpun masih berbaki satu perlawanan lagi musim ini.
View this post on Instagram
Sepertimana ramai ketahui, kali terakhir Arsenal menjuarai saingan PL adalah pada musim 2003-04 di bawah bimbingan Arsene Wenger dengan rekod tanpa kalah.
Pada masa yang sama, ini merupakan kejuaraan sulung buat Arsenal bimbingan selepas terpaksa berpuas hati menamatkan kempen PL di tempat kedua tiga musim berturut-turut.
Bukan itu sahaja, ini juga merupakan gelaran juara liga sulung buat pengurusnya, Mikel Arteta sejak berkecimpung dalam bidang kejurulatihan bola sepak pada tahun 2016 – sejurus selepas bersara sebagai pemain bola sepak profesional.
Bagi perlawanan terakhir PL musim ini, Arsenal akan bertandang ke Selhurst Park untuk menentang Crystal Palace dengan sepak mula pada jam 11 malam, 24hb Mei (Ahad), waktu Malaysia.
FEATURED IMAGE: Premier League