Masters Malaysia: Sze Fei-Izzuddin Singkir Naib Juara Edisi Lalu
Hafiz Omar

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir Masters Malaysia 2026 selepas menumbangkan naib juara edisi lalu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking kesembilan dunia melakar kemenangan bergaya dua set berturut-turut menerusi skor 21-18 dan 21-12 dalam masa 33 minit.
Keputusan itu bukan sahaja mengesahkan kemaraan Sze Fei-Izzuddin ke perlawanan akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 bahkan melebarkan rekod kemenangannya bertemu Aaron-Wooi Yik.
Kini, Sze Fei-Izzuddin merekodkan enam kemenangan daripada sembilan pertemuan dengan Aaron-Wooi Yik di pelbagai kejohanan antarabangsa.
Bagi perlawanan akhir yang berlangsung esok, Sze Fei-Izzuddin akan menantikan cabaran samada dariada beregu senegara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King atau wakil Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia