Iraola Ganti Slot

June 5, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas pengendali AFC Bournemouth, Andoni Iraola sah menjadi ketua jurulatih Liverpool FC yang baharu sekaligus menggantikan Arne Slot yang dipecat pada Sabtu lalu.

Pengumuman Iraola, 43 tahun, kelahiran Basque, hadir menerusi laman sesawang rasmi Liverpool serta dikongsikan di pelbagai akaun media sosialnya, pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Iraola menyertai Liverpool selepas tiga musim membimbing skuad The Cherries dalam kancah Liga Perdana dimana musim 2025-26 berakhir dengan cemerlang – menduduki tangga keenam liga dan meraih kemaraan sulung ke pentas kejohanan eropah menerusi kelayakan automatik ke Liga Europa.

Perjalanan karier kejurulatihan Iraola bermula dengan mengendalikan AEK Lanarca pada tahun 2018 dan membantu mereka meraih gelaran juara Piala Super Cypriot.

Kemudiannya, beliau kembali ke Sepanyol mengemudi kelab divisyen kedua, Club Deportivo Mirandes sebelum berhijrah menyertai Rayo Vallecano pada tahun 2020 dimana Iraolo membawa mereka meraih tiket promosi ke saingan La Liga.

Tiga tahun selepas itu, Iraola dibawa ke England untuk membimbing Bournemouth.

Semasa bergelar pemain, Iraola merupakan seorang bek kiri dan namanya cukup sinonim dengan Athletic Bilbao dimana beliau beraksi selama 12 musim. 

FEATURED IMAGE: Liverpool FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd