Terbuka Australia: Justin Langkah Kanan
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.2 negara, Justin Hoh memulakan kempen Terbuka Australia 2026 dengan langkah kanan apabila menumpaskan Kiran George pada peringkat pusingan 32, sebentar tadi.
Kemenangan itu menjelma setelah Justin dan pemain dari India itu bertarung sengit sehingga tiga set permainan yang berlangsung sekitar satu jam lamanya.
Justin terlebih dahulu mencetak kemenangan pada set pertama menerusi skor 21-19 sebelum Kiran bangkit pada set kedua mencetak kemenangan dengan skor 21-14.
Pada set ketiga, Justin memastikan tiket kemaraan ke pusingan 16 menjadi miliknya dengan menoktahkan permainan menerusi skor 21-15.
Pada peringkat seterusnya, Justin akan berhadapan dengan pemain Ireland berketurunan Vietnam, Ngat Nguyen untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Untuk makluman, Nhat mara selepas menyingkirkan Jason Teh Jia Heng dari Singapura dengan bergaya menerusi skor 21-18 dan 21-11 awal pagi tadi.
Berdasarkan rekod, Justin dan Nhat belum pernah merekodkan sebarang pertemuan dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia