Piala Dunia: Korea Bangkit, Tumpaskan Czech

June 12, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pasukan dari Asia, Republik Korea memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan langkah kanan apabila berhasil menumpaskan Republik Czech dalam aksi pertamanya dalam Kumpulan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Guadalajara itu bermula dengan anak-anak buah Hong Myung-bo terlebih dahulu ketinggalan 0-1 susulan tandukan Ladislav Krejčí pada minit ke-59. 

Bagaimanapun, Korea tidak berputus asa awal dan skuad berjulukan Pahlawan Taeguk itu berhasil mencetak jaringan penyamaan menerusi pemain Feyenoord, Hwang In-beom pada minit ke-67.

Tidak terhenti setakat itu, Korea yang diketuai Son Heung-min meneruskan asakannya ke arah gawang yang dikawal oleh Matěj Kovář.

Serangan demi serangan itu membuahkan hasilnya pada minit ke-80 apabila 

Oh Hyeon-gyu menolak masuk hantaran lintang daripada In-beom sekaligus membolehkan mereka mendahului 2-1.

Kedudukan itu kekal sehingga pengadil dari Mesir, Amin Mohamed meniup wisel menamatkan permainan.

Bagi aksi seterusnya dalam Kumpulan A, Korea akan bertemu hos iaitu Mexico manakala Czech pula akan menentang Afrika Selatan pada 19hb Jun masing-masing.

FEATURED IMAGE: Korea Football Team

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd