Terbuka Australia: Justin, Zi Yu-Maisarah Kandas Suku Akhir
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki, Justin Hoh dan beregu wanita, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah tewas kepada lawan masing-masing sekaligus tiada sebarang wakil negara beraksi di pentas separuh akhir Terbuka Australia 2026.
Justin yang bertemu pemain Indonesia, Moh. Zaki Ubaidillah terlepas tiket separuh akhir setelah mengalami kekalahan dua set berturut-turut, 7-21 dan 13-21 dalam masa 38 minit.
Sementara itu, Zi Yu-Maisarah pula gagal menjinakkan pilihan ketujuh kejohanan yang juga dari Indonesia, Febriana Kusuma-Meilysa Puspitasari. Mereka tewas menerusi skor 13-21 dan 17-21 dalam masa 43 minit.
Justin, Zi Yu-Maisarah merupakan dua wakil negara yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Australia.
Pada Khamis, Justin mencetak kemaraan selepas mengalahkan wakil Ireland berketurunan Vietnam, Nhat Nguyen menerusi skor 21-17 dan 21-19.
Zi Yu-Maisarah pula menyingkirkan pasangan tuan rumah, Jazmine Lam dan Lim Yee-Yuan dengan bergaya menerusi skor 21-9 dan 21-18.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia